Rabu, 3 Disember 2014

penyakit kura2 dan cara rawatan afif

1. Gigitan, Lebam-lebam, Kebakaran, Luka-luka dan Calar-calar
Masalah luka dan kecederaan pada kulit kura-kura yang amat kecil tidak memerlukan kaedah rawatan perubatan yang mendalam. Cukup dengan kaedah rawatan menyediakan air yang bersih dan pastikan kura-kura berjemur dibawah sinaran matahari secukupnya untuk membantu menyembuhkan kulit dalam masa beberapa hari. Walaubagaimanapun jika kecederaan agak serius boleh dapatkan “krim Nolvasan” atau “Neosporin” di mana-mana farmasi yang menjualnya dan sapu krim ini pada luka kura-kura dan pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering.
Krim Neosporin
Krim Neosporin
Krim Nolvasan
Krim Nolvasan
Jika pendarahan tidak berhenti, luka-luka ini tidak sembuh atau daging koyak, maka korang harus bawa kura-kura untuk dirawat kepada doktor haiwan. Mereka boleh mencadangkan antibiotik atau bahan penyahjangkit untuk rawatan di rumah. Jika kura-kura kerap cedera oleh faktor berlawan sesama spesis kura-kura mungkin kerana faktor ruang akuarium yang kecil. So, pastikan korang menyediakan ruang akuarium yang luas dan selesa untuk kura-kura kesayangan masing-masing. Selain itu, pemilihan hiasan di dalam akuarium yang tidak bersesuaian juga boleh menjadi penyumbang kepada kecederaan kura-kura.
2. Kulat/ Fungus pada permukaan badan kura-kura
Kulat/ fungus kelihatan pada permukaan kulit atau cengkerang kura-kura tompok berwarna putih atau berwarna perang dan dapat dilihat dengan jelas di dalam air. Filter yang tidak memadai, kualiti air yang kurang bagus dan kekurangan berjemur menyebabkan berlakunya penyakit fungus pada kura-kura. Kaedah rawatan ialah merendamkan kura-kura ke dalam air yang berisi potassium permanganate. Potassium permanganate ini boleh dibeli di farmasi. Boleh refer entry berikut untuk gambar dan detail mengenai rawatan penyakit kulat/ fungus pada kura-kura; Kim’s Fungal Infection.
Potassium Permanganate
Potassium Permanganate
3. Kuku kura-kura yang panjang atau patah.
Mana-mana website mengenai kura-kura kecil tidak menggalakkan untuk memotong kuku kura-kura. Memotong kuku kura-kura boleh menyebabkan kesakitan dan juga mungkin jangkitan kepada kura-kura. Kerana kuku yang panjang merupakan ciri-ciri tarikan semulajadi pada pasangan kura-kura. Jika kuku kura-kura patah, boleh gunakan kaedah menyediakan air tangki bersih dan kuarantinkan kura-kura sementara. Jika terdapat kesakitan, pastikan luka sentiasa dalam keadaan kering dan sapu krim Nolvasan atau Neosporin sehingga sembuh.
4. Kura-kura hilang selera makan/ tidak mahu makan
Terdapat pelbagai sebab mengapa kura-kura enggan makan atau hilang selera makan. Kura-kura yang baru dipelihara mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tempat baru kerana sifat semulajadi kura-kura ialah haiwan yang bersifat pemalu. Kebiasaannya kura-kura mengambil masa hampir seminggu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan dalam tempoh itu kura-kura mungkin hilang selera makan.
Suhu air yang sejuk boleh melemahkan semangat kura-kura dari makan apabila seiring dengan kadar metabolisme kura-kura yang menurun. Suhu air sepatutnya dalam anggaran antara 23-26 degree celcius atau suhu bilik. Selain itu, tempat berjemur yang selesa dan sinaran cahaya matahari/ uv secukupnya penting untuk perkembangan sihat kura-kura kerana habitat asal kura-kura ialah 2 alam.
Kadang-kadang kura-kura boleh menjadi bosan dengan makanan biasa yang dimakan dan ingin mencari satu perubahan baru. Cuba ubah kepada makanan yang masih hidup seperti udang kecil atau ikan kecil. Udang dan ikan kecil ini boleh dibeli di kedai haiwan peliharaan. Selain itu, makanan berbau busuk atau yang berwarna terang mungkin kelihatan lebih menyelerakan bagi kura-kura. Menu sayur-sayuran seperti salad, kangkung juga boleh di cuba untuk kura-kura. Ayam mentah atau rebus yang telah dipotong kecil juga boleh diberikan kepada kura-kura. Cari menu makanan yang bersesuaian dengan kura-kura.
Ikan kecil / Ikan Gupi
Ikan kecil / Ikan Gupi
Udang kecil
Udang kecil
Penyakit dan jangkitan boleh juga menyebabkan kura-kura tidak selera makan kura-kura. Sebaiknya cuba siasat dengan teliti kenapa kura-kura hilang selera makan dengan segera kerana rawatan yang lambat boleh menyebabkan kura-kura kesayangan mati.
5. Kura-kura pasif dan asyik pejamkan mata
Masukkan anti-chlorine dalam air akuarium kura-kura kalau air paip yang korang gunakan tue tinggi kandungan klorin (tengok warna air putih keruh dan berbau tue means kandungan klorin tinggi). Anti-chlorine ni dimasukkan sebab sesetangah kura-kura yang sensitf tidak boleh hidup dengan air yang berklorin. Air yang berklorin boleh menyebabkan mata kura-kura rabun, buta atau juga kura-kura mati. Selain itu, boleh juga korang cuba gunakan kaedah rawatan dengan tukar air kepada air suam dan lihat jika terdapat sebarang perubahan positif pada kura-kura.
Anti-chlorine
Anti-chlorine
6. Cengkerang kura-kura lembut atau lembik
Ramai yang tidak memeriksa dengan teliti dan akhirnya tersilap membeli kura-kura yang lembik atau lembut cangkerangnya. Tapi jangan bimbang kerana korang still boleh merawatnya di rumah dengan memasukkan “Turtle conditioner” ke dalam air di dalam akuarium. “Turtle conditioner” ini berfungsi sebagai kalsium untuk  menguatkan cengkerang kura-kura/ bagi mengelakkan cengkerang kura-kura jadi lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan